Permohonan Baik Pulih Rumah di Bandar Majlis Perbandaran Kulai Bagi Tahun 2023.
Majlis Perbandaran Kulai kini membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi memohon bantuan baik pulih rumah di kawasan Bandar bagi daerah di bawah Majlis Perbandaran Kulai, Johor.
Maklumat lanjut tentang permohonan ini di nyatakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan bagi baik pulih rumah ini ditutup pada 16 Januari 2023 (Isnin)
Kriteria Kelayakan
- Ketua Isi Rumah (KIR)/ Ahli Isi Rumah (AIR) yang menetap di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Kulai (Kawasan bandar);
- Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar miskin / terkeluar (kumpulan 840 sahaja);
- Kerosakan rumah disebabkan faktor usia atau bencana tetapi masih ekonomik untuk dibaiki berdasarkan kadar bantuan yang ditetapkan oleh Kementerian; dan
- Pembaikan melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, atap,siling, tangga, dapur, tandas, bilik air, pintu, dinding, lantai simen/kayu, tingkap, perpaipan, perparitan (perimeter drain/saluran keluar), pembentungan/kumbahan dan pendawaian elektrik serta tidak melibatkan struktur asas rumah.
Jenis Rumah
Rumah Sesebuah / Rumah Berkembar / Teres (Landed Property Sahaja)
Permohonan Yang TIDAK LAYAK Dipertimbangkan
- Pembesaran dan pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada;
- KIR/AIR mendiami rumah setinggan;
- KIR/AIR mendiami rumah sewa;
- KIR/AIR telah menerima bantuan bina baru / baik pulih rumah sama ada dari KPKT atau mana-mana Agensi Kerajaan lain kecuali yang terlibat dengan musibah; dan
- Permohonan tidak disertakan dokumen sokongan yang lengkap.
Keadah Permohonan
- 1. Melengkapkan ditetapkan dan Borang PPKB BP mengikut kriteria yang ditetapkan dan disertakan dokumen sokongan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)
- Gambar penuh rumah dengan jelas (dari luar)
- Gambar kerosakan dengan jelas (sila nyatakan jenis kerosakan)
- Mengemukakan dokumen lengkap permohonan kepada alamat berikut:
UNIT PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB), JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT, MAJLIS PERBANDARAN KULAI, JALAN PEJABAT KERAJAAN, 81000 KULAI, JOHOR. No. Telefon: 07-6631511 (sambungan 1604) No. Faks: 07-6632407 E-mel: ppkb.mpku@gmail.com |
Sumber: Majlis Perbandaran Kulai